Klik la kalau berani!! dah dapat hadiah. bagitau kawan2 k

Thursday, September 29, 2016

CINTA TUDUNG LABUH (EPISOD 5)

Sherry !!!

jeritan Malik yang nada lagak anita sarawak, membuatkan Sherry terkedu dan hilang pertimbangan,

Budak kelam kabut memang begitu, pantang ada kejutan. maka bertaburan lagak seterusnya.

"ha, apa hal kau lik?" getus marah Sherry

"takdelah, dari tadi aku tengok kau ni tergelak gelak, tersenyum senyum dah macam apa je.. kau teringat mamat mercedes haritu eh

sedas tumbuk hinggap di lengan Malik.. Menjerit Malik tanda protes

"agak-agaklah bro, tapi kan"

"kalau bertapi-tapi tu maksudnya ada hati la tu"

Lari malik, bimbang lengannya sekali lagi di tumbuk sang buragas.

dalam kedua kawan baik ini sedang berlari lari di butik Datin Nancy..

masuk pulak seorang perempuan yang agak fussy, memandang garang kedua pekerja butik seolah mahu memakan mereka.

terkujat-kujat mereka melihat seorang perempuan fussy tiba tiba tercongok di depan mereka.

anak mak datin bentak sherry dalam hati.

Friday, September 23, 2016

CINTAI TUHAN

CINTAI TUHAN

Dalam berantakan alam,
tersisih seribu rahmat,
Perjalanan di simpang junction itu,
menemukan rahmat sebenar,
Dalam mengenal hati dan diri,
Masih menemukan rahmat yang lain,

ironi nama junction itu,
maju membuatkan kita tidak mundur,
bergelora jiwa menahan sebak,
majunya agar kerjaya tidak terkubur,

Sudah pasti dalam sentuhan itu,
terdapat jiwa yang longgar 
kos lepas bagi sesiapa yang mengaji ekonomi,
mendapat yg baik melepaskan sesuatu yang baik,

tapi bagi mereka , yang baik itu harus dilepaskan,
bagi aku, tidak....
pegang sehingga darah
terbelah menjarah
akan disimpan hujung lubang yang paling dalam,

semua kenangan di junction itu,
hanya aku yang tahu,
dan sedikit yang bertemu,

apa pun ruang yang berlaku,
jadilah hambaNYA
yang cintai TUHANNYA

jangan mati selagi belum sangka baik dengan DIA

Monday, August 8, 2016

SAKIT ITU JATUH !!!

Sabtu lepas ketika bermain bola, aku sudah merasakan sakit DADA..
walupun sebelah kanan tetapi tetap kerisauan melanda..

jadi setelah menahan dari sabtu sehingga khamis, maka aku memutuskan untuk pergi ke Hospital Selayang.

Setelah memberitahu apa yang aku rasa dan kesakitan yang aku alami, maka ECG dilakukan. tetapi aku tidak pasti apa yang tidak ok..sehingga darah pulak terpaksa diambil.

Doktor memberitahuku supaya balik, dan jika darah aku menunjukkan tanda yang tidak normal maka akan ditelefon aku untuk meneruskan assessment.

Jumaat
aku ditelefon, dan dada aku masih sakit sehingga kini, malangnya kerana terlalu memikir maka aku telah eksiden motor..

membuatkan kesakitan dada tidak kesakitan seperti jatuh motor,
Allah lenyapkan sakit dada dengan sakit yang lain.

Allah lebih tahu kerisauan kita..

setelah kini, follow up masih dilakukan untuk memastikan tiada apa yang serius.


MARTABAT SEORANG WANITA

Sering kali kita dengar wanita mahu menjadi setaraf lelaki,

maka dengan kesaksamaan itu kononnya memberikan maksud kepuasan buat kaum wanita.

tahukah anda,

sebenarnya wanita telah diangkat tinggi martabatnya di sisi islam.
datangnya islam itu sendiri telah memansuhkan aturan aturan jahiliyah dan perkara yang menyusahkan wanita itu sendiri, 

wanita juga dibenarkan menikah yang lain hanya setelah tempoh iddah nya telah tamat. ini menunjukkan bahawa islam menjaga sehingga ke tahap ini, supaya tidak rasa terzalimi.

wanita juga berhak mendapat harta peninggalan, apatahlagi mewarisi harta.

tiada sebab wanita dipandang rendah. sedang dari awal lagi islam telah meninggikan martabat wanita itu sendiri.

wanita tidak perlu kerja, jika suaminya mampu.. nafkah terjaga, jika suami bagi untuk membantu ekonomi rumah tangga, tidak ada masalah.. boleh juga bekerja.

wanita tidak perlu risau jika suami tidak menjaganya, kerana dibenarkan cerai , dan boleh kahwin lain pula.. tiada sebab wanita menjadi hamba selama-lamanya..

jadi sehubungan dengan itu, jadilah wanita seperti yang digariskan..

banyak perkara lelaki boleh lakukan yang kadang2 perempuan tidak boleh lakukan, bukan kerana tidak layak atau seumpamanya tetapi, kerana perempuan terkenal sifat sopan dan pemalunya...

lelaki gelak kuat, nampak biasa di masyarakat, cuba perempuan yang gelak.. maka pandangan itu berbeza..

lelaki merokok , nampak biasa tetapi cuba perempuan merokok nampak jelik di mata masyarakat.

lelaki bermain game di cyber cafe nampak biasa, perempuan main nampak jelik dan pelik di mata masyarakat.

lelaki berkata2 sindir samada berbaur lucah. meskipun tidak wajar tetapi tetap masyarakat menganggap lawak. tetapi apabil wanita atau perempuan yang mengungkapkan bperkara sebegitu.. nampak tida manis...

sesuai dengan hadis nabi yang awal2 diturunkan..

Dari Abu Mas’ud, ia berkata bahwa Uqbah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة [الأولى/1316]: إذا لم تستحي فاصنع ما شئت
“Sesungguhnya di antara kalimat kenabian pertama yang sampai ke tengah-tengah manusia adalah: “Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu”.”
(Shahih)-Ash Shahihah (684), Al Irwa’ (2673): [Bukhari: 60-Kitab Al Anbiya’, 54-Bab Hadatsana Abul Yaman]

 bagi saya Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaannya di mana kedua-duanya mempunyai hak dan kewajipan yang sama dalam melaksanakan tugas dan amanah Ad-Deen ini. Firman Allah swt yang bermaksud : “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun” (An-Nisa’:24)

cuma, sesuaikan lah mengikut suasana dan situasi, supaya kita tidak dipandang jelek

Justeru, wanita  haruslah memahami dan menginsafi betapa tinggi dan mulianya darjat dan maruah wanita di sisi Islam. Seterusnya menzahirkan rasa syukur atas nikmat ini dengan melonjakkan diri untuk terus merasa izzah dan mencipta sesuatu yang hebat demi ummah dan Islam ini sendiri.

Wednesday, April 13, 2016

TAHUKAH ANDA AURORA BOREALIS??

"Awak, saya teringin sangat nak tengok Aurora Borealis".. pinta sang isteri

sang lelaki, terpinga2 dan cuba meneka dengan ego nya.. tidak mahu ada keraguan tentang bodoh nya dia..

maka ditanya "berapa banyak beg awak nak beli?? baru je saya belikan Dolce Gabbana

dengan menyangkakan bahawa Aurora ini adalah satu lagi jenis bag tangan yang mahal semahal dan sesuah namanya disebut..

kemudian, sang wanita itu dengan tenang menyatakan apakah itu Aurora Borealis bimbang  imam nya itu akan berkecil hati
 maka sang wanita itu terus menekan handphone nya itu dan menaip di pakcik google "Aurora Borealis" maka telah tersusun ayat seperti di bawah:

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub (Artik dan Antartika). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis , yang dinamakan bersempena dewi fajar Rom,Aurora, dan nama Yunani untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.
Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti. (rujukan :Wiki)

setelah diterangkan, dengan details.. maka kedua pencinta ini saling berpautan tangan dan merebahkan kepala sambil mengucap Subhanallah akan kehebatan tuhan.. 






Subhanallah

CINTA TUDUNG LABUH (episod 4)

Cerita Zaman Sekolah

HAHAHAHA

memecah keheningan pagi apabila tiada kelibat guru di dalam kelas 5 seroja itu, si setan tu kerja dia menyakat je semua gadis-gadis yang lalu atau yang berada di kelas, dilontar sampah la, diconteng baju la..

zaman itu tiada sebarang gajet yang canggih-canggih untuk memencil diri, jika ingin sangat menutup ruang lingkup diri, hanyala tidur atas meja sambil tutup dengan tangan dan sembamkan muka ke meja..

jadi, semua murid berlari, berborak ibarat tiada penghujung ..ini adalah lumrah jika tiada cikgu yang memenuhi slot di kelas 5 Seroja itu

Iz digelar setan, kerana nakalnya beliau, walaubagaimanapun ketika ini la ada kriteria gadis di kelas yang menyukai perangai setan itu.. dek kerana hensemnya,

ada juga yang membenci separuh mati.. kerana kenakalannya..

Serina gadis tudung labuh, adalah gadis yang tergolong dalam kriteria gadis yang amat membenci Iz kerana kenakalannya.. seringkali tudungnya itu dijadikan bahan ejekan si setan itu..

kadang-kadang kenakalan si Iz melampau,

tapi sebenarnya Iz ni memberontak jiwanya, ayahnya seorang ahli perniagaan yang tidak pernah lekat di rumah.. manakala ibunya sentiasa dengan parti tupperware nya.. maka hasil inilah Iz menjadi nakal memberontak di sekolah...

"hoi budak nebes, pakai selimut ke tudung tu." jerit Iz ke arah Serina

" kalau pakai selimut pun, bukan duit bapak kau"

begitu setiap hari keletah kedua insan ini..sehingga lah hari kematian bapak serina, dan Serina terpaksa berpindah ke ibu kota.. mencari sedara mara bagi mengadu nasib

maka usik nakal kedua mereka terpisah sejak itu..




BERSANGKA BAIK DENGAN SUAMI

ninjaaaaaaa
KISAH ISTERI YANG TIDAK MEMPERCAYAI SUAMI (sedih)

Isteri ini sentiasa berprasangka buruk dengan suaminya..

Bila sampai di pejabat, beliau akan call suaminya.. Supaya memastikan suaminya tidak keluar merayap.. Begitu Lah prasangka isterinya

Isteri (I) : hello, abang ktne

Suami (S)  : di rumah,

I : cuba pergi dapur jap, tekan blender..

S : brurrrrrrr (bunyi blender)

I : ok (cnfirm kt rumah)

Esok si isteri masih buat benda yg sama

I : abang ktne,  pergi dapur jap tekan blender

S : rumah,   jap ye syg (lembut  nada)

S : tekan blender ,  brurrrrrr (bunyi blender)

I : bagus suami aku.. (dlm hati)

Hari ketiga

Isteri dia x telefon dh akibat kagum dengan suami nya yg jujur.. Terus balik dan buat surprise..

I : hai abang,

Suaminya xde di rumah.. Cuma anak beliau yg sulung je.. Ibu bertanya dekat anaknya

I : mana ayah?

Anak : entah la ibu, ayah Pagi2 lagi dh keluar bawak blender..

HAHAHAHA HAHAHAHA
SUAMI LAGI BIJAK

#duniaapakahini

Monday, April 11, 2016

CANDU GAJET : Keperluan atau Anti Sosial?

SITUASI PERTAMA


Nama zaidi (bukan nama sebenar) menjadi sebutan di masjid Muhajirin pada tengahari ini, khabarnya Zaidi telah dilanggar kereta ketika beliau sedang melintas.

"budak zaidi ni tengok handphone masa melintas", orang yang melanggarnya pon katanya tengah tgok handphone"

dejavu atau ironi?

SITUASI KEDUA


"ummi, ummi.. abi.. abi... nengok ni, nengok ni keletah anak kecil yang berusia 3 1/2 tahun menunjukkan skill kepada ummi dan abinya, 

sudahlah seharian tidak berjumpa kerana mereka kerja, JADI apabila balik kerja lah satu-satunya waktu untuk melepaskan kelaku untuk ditonton ummi dan abinya..

malangnya, ummi tengok u tube di phone, dan abi gelak layan whatsapp group kawan2 sekolah nya,..

menyendiri si anak sepi...

SITUASI KETIGA


"PRANG PUNG PANG" 

kedengaran bunyi kaca bertaburan. milah dan salman masih bergaduh lagi.. tiada kata sepakat tiada lagi kerjasama, tiada lagi ruang dikongsi, tiada apa tentang mereka..

milah memarahi salman kerana asik melayan gajetnya.. sehingga tiada masa untuk dia..

lepas handphone, beralih ke note, kemudian beralih ke tab, kemudian laptop, kemudian ke semua yang beraplikasi... hanya untuk tengok FOREX, tengok saham, tengok segala bagai lagi.,

masa, untuk memandang wajah, bercerita, tukar cerita tentang pejabat, geletek2 semua sudah pudar sepudar kanta matanya yang asik melihat gajet sehinggakan memerlukan kanta yang tebal berbingkai untuk membantu melihat.

HAKIKAT


Mutakhir ini, saya kira sudah pasti setiap isi rumah dari yang masih sekolah rendah sehingga yang lanjut usianya, memiliki gadget.. paling tidak "smartphone"

ianya menjadi satu tajuk pendebatan yang hangat, adakah ianya keperluan atau anti sosial.

ada orang yang menggunakan gadget untuk several reasons:

  • inginkan maklumat
  • ingin bersendirian
  • tidak mahu diganggu
  • mahu main game
  • mahu menjadi hipster
saya tidak pasti dimanakah kategori anda. manusia yang suka menyendiri akan memilih untuk gadget menjadi penemannya, sedangkan teman serumah beliau atau isteri beliau telah siap bersedia menjadi gajet yang hidup untuk memenuhi masa sehariannya. malangnya gajet yang sepatutnya menjadi keperluan telah dicandukan dalam kehidupan seharian kita.

dahulu, kita kongsi masa dengan sahabat di kedai mamak untuk menonton perlawanan bolasepak. malangnya kini hanya melalui alam maya...

jika dahulu kita mengaji dengan betalaqqi lutut ke lutut.. kita mengambil segala adab dan perilaku guru kita untuk digunakan dan dijadikan contoh..

kini semua itu kita hanya peroleh di dalam facebook.. atau paling tidak mr google.. tanpa perlu mencari guru.. saya tidak mengatakan merujuk google itu salah tetapi. ia hanyalah menambah kepadatan kefahaman dan bukan sumber ilmu yang jelas.. boleh jadi salah faham makna di dalam maya dapat diperjelaskan apabila bertalaqqi..

paling kesian, adalah anak-anak kita mendatang. 

sudah pasti kualiti bahasa anak-anak terhadap originaliti bahasa melayu akan pudar, tak kurang juga yang mengubah pemikiran anak-anak.. kerana teknologi adalah satu jalan pengubahan pemikiran. ini sering kita lihat apabila anak anak kita tidak lagi melakukan aktiviti seharian dan hanya tercongok di depan tablet/handphone..

banyak motor motor yang perlukan pergerakan seawal umur masih bayi..jadi apabila terbatas pergerakan itu, maka ianya boleh merencatkan pertubuhan anak-anak kita..

saya rasa gajet itu keperluan kini, cuma kita harus menggunakan gajet itu sekadar keperluan kita. dan jangan sampai gajet itu menjadi candu dan mengambil ruang dalam diri kita serta merosakkannya dari dalam..

itu lebih bahaya..

sayangi diri dan keluarga anda, sayangi juga gajet anda.. 
berhemah dalam menggunakan gajet

Monday, April 4, 2016

SUPERBUG BUKAN SUPERHERO

[KESIHATAN]

Superbugs: Bukan kisah Superhero

Oleh: Dr Nur Islam

Seringkali apabila pesakit berjumpa doktor disebabkan demam atau flu biasa, mereka pastinya meminta agar doktor memberikan antibiotik agar kesakitan mereka cepat sembuh. Namun, disebalik kebiasaan ini, adakah anda sememangnya memerlukan antibiotik?

Dunia perubatan kian buntu apabila menyaksikan peningkatan kes antibiotic resistance atau kelalian antibiotik. Kelalian antibiotik ini bermaksud, kuman atau bakteria yang biasanya dapat dirawat dan dibunuh dengan antibiotik tertentu telah berubah dan menjadi lali kepada antibiotik tersebut menyebabkan penyakit tersebut sukar dirawat. Kelalian antibiotik merupakan proses semula jadi dimana kuman atau bakteria telah berubah keadaan dan sifat biologinya menyebabkan ia tidak lagi mudah dimusnahkan oleh antibiotik. Maka, muncul lah istilah yang dinamakan Superbugs iaitu kuman bakteria yang telah kebal kepada pelbagai jenis dan kumpulan antibiotik yang ada pada hari ini. Namun, Superbugs ini bukanlah hero bayangan dalam komik kanak-kanak, namun, mereka adalah mimpi ngeri dunia perubatan moden masa kini.

Bagaimanakah Superbugs ini terhasil?

Di dalam populasi kuman bakteria yang besar didalam badan manusia, terdapat sebahagian kecil bakteria yang tidak dipengaruhi oleh antibiotic disebabkan kelalian semula jadi atau mutasi secara rawak. Apabila individu tersebut diberikan rawatan antibiotik untuk mebunuh bakteria tersebut, sebahagian kecil bakteria tersebut akan terus hidup disebabkan tidak terkesan oleh antibiotik. Maka, bakteria yang hidup tadi akan membiak semula dengan lebih banyak dan pantas, dan mengalami evolusi yang menyebabkannya mejadi lali kepada antibiotik. Bakteria ini dapat tersebar dengan sangat pantas dan dapat menghasilkan koloni bakteria baru hanya dalam tempoh sesingkat 20 minit.

Selain itu, terdapat juga virus yang dinamakan Bacteriophages yang boleh memindahkan kelalian antibiotik kepada 2 bakteria yang berkaitan. Trait bakteria yang telah lali tersebut akan disimpan didalam virus tersebut dan kemudiannya akan disuntik dan dipindahkan ke dalam mana-mana bakteria baru yang kemudiaannya menyebabkan kelalian.

Kesan Superbugs

WHO pada tahun 2014 menganggarkan kadar kelalian antibiotik meningkat secara mendadak. Namun begitu, kebuntuan dunia perubatan tidak dapat dipecahkan dek kerana kadar penghasilan dan penemuan antibiotik baru pada masa kini amat rendah. Dekad ini menyaksikan kadar penemuan dan penghasilan antibiotik baru tidak lagi serancak seperti sebelumnya dan kebanyakkan antibiotik yang dihasilkan sebelum ini telah pun menjadi lali. Tahukah anda bahawa dunia perubatan sudah hampir 25 tahun tidak menghasilkan sebarang antibiotik baru bagi melawan kuman bakteria?

Hal ini menatijahkan masyarakat kita terdedah kepada pelbagai kuman bakteria yang boleh menyebabkan kematian. Laporan WHO menunjukkan kadar kelalian antibiotik sangat tinggi kepada kuman-kuman Escherichia Coli, Klebsiella pneumonia dan Staphylococcus aureus yang biasanya menyebabkan masalah kencing kotor, jangkitan paru-paru,  jangkitan kuman pada luka dan juga jangkitan melalui saluran darah. Laporan daripada US Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menunjukkan hampir 2 juta populasi dunia dijangkiti oleh Superbugs pada setiap tahun dengan kadar kematian sehinga 23,000.

Selain itu, bagi menentang kuman superbugs ini, kita terpaksa kembali merawat pesakit menggunakan antibiotik kuno yang diketahui sememangnya mempunyai kesan sampingan yang tinggi dan berbahaya. Namun, kita tidak punya banyak pilihan lain selain terpaksa menggunakan ubatan tersebut disebabkan kekurangan antibiotic yang dapat melawan superbug ini.

Antara Superbug yang kian meledak adalah MRSA (Methilin resistant Staphylococcus Aureus) yang banyak menyebabkan jangkitan pada kulit seperti bisul dan nanah yang boleh merebak dengan pantas ke dalam salurah darah sehingga menyebabkan kematian. CDC menganggarkan hamper 80,000 kadar jangkita MRSA dengan 11,000 kematian dicatatkan setiap tahun di Amerika Syarikat sahaja.

Lebih menakutkan kita terkini muncul pula apa yang dinamakan Carbapenem-Resistent enterobacteriacea (CRE). Carbapenem merupakan kumpulan antibiotic yang sangat kuat yang digunakan untuk melawan jangkitan-jangkitan kuman yang telah lali. Ia dianggap benteng terakhir untuk superbugs ini. Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 yang diterbitkan oleh The Journal of the Americal Medical Association menunjukkan kadar CRE sebanyak 2.93 per 100,000 populasi di Amerika Syarikat dan hampir kebanyakkannya dikaitkan dengan sejarah hospitalisasi.

Maka tidak mustahil dalam tempoh 20 tahun mendatang rawatan seperti chemotherapy dan pembedahan kecil tidak dapat lagi dilakukan kerana prosedur ini bergantung kepada antibiotik sekiranya superbugs ini tidak dapat dikawal. Kita akan kembali menghadapi zaman seperti mana sebelum penemuan antibiotik dimana batuk ringan dan luka kecil boleh menyebabkan kematian.

Foktor yang meledak penghasilan Superbugs

Antara faktor utama yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar kelalian antibiotik dan penghasilan superbugs adalah disebakan kerakusan kita menyalahgunakan antibiotik. Sebenarnya, 75% daripada demam flu biasa adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang tidak memerlukan antibiotik manakala 25% yang lainnya disebabkan oleh kuman bakteria yang memerlukan antibiotik. Kuman virus tidak akan terkesan oleh antibiotik walaupun diberikan dengan kadar yang banyak kerana ianya bersifat self-limiting dan akan mati dengan sendirinya. Maka, ramai dari pesakit yang dating ke klinik dan hospital meminta dan memaksa doktor memberikan antibiotik walaupun sebenarnya ia tidak diperlukan.

Selain itu, tabiat pesakit yang ingkar kepada nasihat dan arahan doktor yang mengarahkan untuk menghabiskan antibiotik untuk tempoh durasi tertentu walaupun telah sihat juga menyumbang kepada masalah ini.

Lebih parah terdapat juga premis-premis perubatan swasta yang sewenang-wenangnya memberikan rawatan antibiotik untuk kepentingan kewangan. Hal ini menatijahkan kadar pemberian antibiotik kepada pesakit yang tidak perlu amat tinggi di sektor swasta. Hal ini sewajarnya diambil perhatian serius bagi mengekang masalah Superbugs ini.

Selain itu juga, penghasilan superbugs ini disebabkan oleh pemberian antibiotik yang tidak terkawal dikalangan haiwan ternakan bagi tujuan penternakan. Kebanyakan haiwan ternakan diberi suntikan antibiotik bagi menjadikan haiwan tersebut lebih sihat dan tidak terdedah kepada penyakit-penyakit berjangkit.

Antara faktor lain yang menyumbang adalah disebabkan oleh syarikat farmaseutikal yang lebih ghairah membuat pelaburan dibidang penyelidikan rawatan bagi penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan menyebabkan kerancakan penghasilan antibiotik baru kian suram.

Kesimpulan

Kesimpulannya, usaha untuk mengawal masalah superbugs memerlukan komitmen dan sokongan semua pihak. Masyarakat umumnya tidak menyedari akan bahayanya jika superbugs ini tidak terkawal. Proses pendidikan dan penerangan kepada masyarakat umum harus digiatkan agar timbul kesedaran bahawa superbugs ini adalah masalah yang kian mencengkam.

Sir Alexander Fleming, orang pertama yang mencipta antibiotik iaitu Penicillin pada tahun 1928 telah memberi amaran kepada kita berkenaan kelalian antibiotik dalam ucapannya ketika menerima Nobel Prize dalam bidang perubatan pada tahun 1945;

“The microbes are educated to resist penicillin and a host of penicillin-fast organism is bred out. In such cases the thoughtless person playing with penicillin is morally responsible for the death of the man who finally succumbs to infection with the penicillin resistant organism. I hope this evil can be averted”

------------------------------------------------

Penulis merupakan seorang doktor perubatan, graduan daripada sebuah universiti di Ireland yang komited bersama PAS

#profesionalistiqamah
#movingforward
#beristiqamahhinggakemenangan

STALKER YANG MENGGEMBIRAKAN

Assalamualaikum WBT

Selamat Pagi semua

Pasti semua mengerti tentang, apa itu stalker

kekadang ia boleh menjadi sesuatu yang menakutkan, terkadang ia menjadi sesuatu yang menggembirakan..

kita yang pilih kategori mana yang kita ingin tempatkan diri kita..

bertanggungjawab dalam menulis. bukan hanya kerana bimbangkan stalker dunia tetapi lebih kepada yang MAHA MELIHAT serta kitab mubin.. kitab yang di dalamnya termaktub segala perbuatan kita..

hai STALKER
best ke duduk SANA
saya katak, percayalah..

Friday, April 1, 2016

CINTA TUDUNG LABUH (EPISOD 3)

Sherry mula meneliti menu yang terhidang , semacam lapar kalini. Teh ping menjadi pilihan dan Murtabak ayam. Mamak yang amik order pun dah hafal order yang dibuat dalam bahasa sabah tu.. geleng seperti faham.. tanpa disedari sherry juga menggeleng kepala mengikut keletah mamak.

tapi mindanya masih diawang-awangan memikirkan pemuda yang mempunyai logo bekas sekolah mereka..

"kenapa dia ada logo sekolah tu, takkan dia sekolah tu, tahun bila, mcm familiar je muka dia, berapa umur dia?"

beribu persoalan datang serentak menerobos ke dalam sanubari Sherry.

tetapi persoalan itu dihapuskan dengan bau yang lazat yang datang dari Murtabak Ayam yang diorder Sherry. tanpa menoleh Sherry menerkam murtabak . Murtabak yang selalu dikoyakkan oleh arwah ayahnya.. murtabak yang selalu menjadi pengubat rindu buat Sherry.

nampak biasa menu Sherry tetapi murtabak Sherry ini luar biasa sebenarnya..

Habis sepinggan, siku Sherry disinggung seseorang.

"awak ni yang kerek pagi tadi eh?"

"huh, kenapa?" bentak Sherry

"ekeleh minah ni, eh ni Makcik Salmah kan?? tersentak pemuda lantas membuka spek matanya..
" ni Iz la Makcik, yang duduk di Taman Mergong dulu...

"ah sudah, takkan Iz yang gila tu... Hensem dowh , dulu chubby.. sekarang level level artis" ina mula menahan air liur dari terus keluar.

Iz bersalaman dengan Makcik Salmah dan terus bercerita tentang keadaan keluarga nya yang berpindah kerana ayahnya mula menjawat jawatan penting di ibu kota satu masa dulu.

"jadi kau ni ina la ye?" soal Iz

"ye iz, ina la ni sahut Makcik salmah." tapi kat sini dia nak org panggil dia Sherry baru urban katanya..

"Cantik kau sekarang, tapi kelam kabut kau tak hilang eh?" malu Sherry bila dipuji Iz..

" weh kau ni apahal handsome sangat skang"? dulu kemain comot nak mampus" tanya Sherry

maka, bercerita mereka bertiga, cerita langgar, merc, percik air semua ibarat larut dia dalam air.. kerana rindu waktu bersama sekolah masih menebal dalam hati sanubari mereka

(cerita zaman sekolah akan menyusul)

Thursday, April 17, 2014

istihadah??



Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

kematian abu talib adakah beriman?

Abu Talib adalah salah seorang daripadabapa saudara junjungan kita Nabi s.a.w dan kisah tentangnya bersama Nabi s.a.w. sering dimomokkan semenjak bangku sekolah lagi. Namun apakah semua kisah yang dihebahkan itu benar menurut sumber sahih seperti al-Quran dan hadits atau adakah percanggahan yang menunjukkan ia adalah sebaliknya.

Artikel ringkas ini sedikit sebanyak mengajak kita sejenak berfikir dan merenung kembali kisah-kisah yang pernah kita dengari dengan pertimbangan neraca al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.

Antara perkara yang telah diperbahaskan para alim ulamak adalah berkenaan kematian Abu Talib samada dalam Islam atau dalam kafir. Di sini ada beberapa hadits berkenaan saat kematian Abu Talib yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya:
 
[١٣٢] ٣٩)٢٤ –(و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمِّ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ وَيُعِيدُ لَهُ تِلْكَ الْمَقَالَةَ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبَى أَنْ يَقُولَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ } وَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }

Dan Harmalah bin Yahya al-Tamimi telah meriwayatkan kepada saya, katanya: ‘Abdullah bin Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada saya daripada Ibnu Syihab, beliau berkata: Sa`id bin al-Musayyab telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya, beliau berkata: “Bila Abu Talib hampir mati[1] maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.” Abu Jahal bin dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?” Begitulah Rasulullah s.a.w. terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.” Selepas itu Allah s.w.t menurunkan ayat: 

{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ }

(Maksudnya: Tidaklah dibenarkan[2] bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka[3] )

Dan Allah s.w.t menurunkan berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w 

{ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }

(Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)[4])

Ayat ini menjadi dalil bahawa Abu Talib termasuk dalam kalangan mereka yang baik dan dikasihi oleh Nabi s.a.w. namun ia bukan sepertimana dakwaan Syiah yang mengatakan beliau mati di dalam Islam kerana keadilan Tuhan tidak akan membiarkan seorang yang amat baik sepertinya mati dalam kekufuran. Begitu juga dengan dakwaan yang mengatakan Nabi s.a.w. pernah berlindung di Syi`bi (lembah) Abi Talib sedangkan dalam riwayat yang lebih sahih menyebutkan ia bukanlah Syi`bi Abi Talib bahkan Syi`bi Bani Hasyim kerana maklum bahawa Abu Talib bukanlah seorang yang kaya.
Dengan sebab itu apabila Nabi s.a.w. sudah boleh berdikari baginda berbincang dengan `Abbas tentang kesusahan Abu Talib yang mempunyai ramai tanggungan di samping kecacatannya sebagai seorang yang tempang. Maka dengan sebab itu dia tidak boleh pergi jauh untuk berniaga. Antara riwayat lain yang dikaitkan dengannya bahawa beliau pernah membawa Nabi ke Syam dan kemudiannya bertemu dengan Buhaira di tengah perjalanan. Riwayat ini juga termasuk dalam riwayat –riwayat yang tidak sahih.
T
imbul khilaf berhubung kematian Abu Talib, adakah beliau mati dalam keadaan beriman atau sebaliknya?
i. Ada pendapat yang mengatakan Abu Talib mati dalam keadaan beriman kerana ada riwayat menunjukkan ketika beliau sudah hampir dengan mati maka Abbas (yang ketika itu masih belum memeluk Islam) melihat Abu Talib menggerak-gerakkan bibirnya lalu beliau meletakkan telinganya hampir dengan mulut Abu Talib dan beliau mendengar Abu Talib mengucap. Abbas pun memberitahu Nabi s.a.w: “Aku dengar dia ucapkan apa yang engkau suruh dia ucapkan.”
ii. Beliau mati dalam keadaan kafir berdasarkan riwayat ini dan riwayat yang menyebutkanmenyebutkan bahawa Abu Talib berkata kepada Nabi s.a.w: “Kalaulah tidak kerana aku takut orang-orang Quraisy akan mencela aku, nanti mereka akan kata: Hanya mendorongnya mengucap itu kerana kegelisahannya hendak mati nescaya aku sejukkan mata engkau”.

Yang betul adalah Abu Talib mati dalam keadaan kafir. Dalilnya berdasarkan riwayat Bukhari yang juga terdapat dalam kitab-kitab lain ada disebutkan bahawa ada ‘Abbas, Abu Sa`id dan orang-orang lain bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang ‘apakah faedah yang Abu Talib dapat atas kebaikannya terhadap engkau?” Nabi s.a.w. menjawab: “Nerakanya setakat buku lalinya. Kalau tidak kerana aku maka ia pasti lebih berat. Setakat buku lali itu pun sudah menggelegak otaknya.” Ini menunjukkan beliau mati dalam keadaan kafir. Riwayat yang menunjukkan Abu Talib mati dalam keadaan kafir riwayat Bukhari dan Muslim manakala riwayat yang menunjukkan dia mati dalam Islam adalah riwayat Ibnu Ishaq selain itu riwayat tersebut adalah riwayat yang munqati` 

[١٣٢] ٤٠ (..)و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ح و حَدَّثَنَا حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ صَالِحٍ كِلَاهُمَا عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ حَدِيثَ صَالِحٍ انْتَهَى عِنْدَ قَوْلِهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ وَلَمْ يَذْكُرْ الْآيَتَيْنِ وَقَالَ فِي حَدِيثِهِ وَيَعُودَانِ فِي تِلْكَ الْمَقَالَةِ وَفِي حَدِيثِ مَعْمَرٍ مَكَانَ هَذِهِ الْكَلِمَةِ فَلَمْ يَزَالَا بِهِ

Ishaq bin Ibrahim dan `Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, katanya: Ma`mar telah menceritakan kepada kami ح dan Hasan al-Hulwani dan `Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, beliau berdua berkata: Ya`qub iaitu Ibnu Ibrahim bin Sa`ad telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Ayahku telah meriwayatkan kepada saya daripada Soleh, kedua-duanya meriwayatkan al-Zuhri dengan isnad dan matan seperti hadits ini cuma hadits Soleh berhenti setakat sabdanya فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ (maka Allah Azza Wa Jalla menurunkan) ... tetapi dia tidak menyebutkan dua ayat (al-Quran) tadi dan dia ada menyebutkan dalam haditsnya وَيَعُودَانِ فِي تِلْكَ الْمَقَالَةِ (mereka berdua mengulangi kata-kata itu) dan dalam hadits Ma`mar di tempat kalimah tadi فَلَمْ يَزَالَا بِهِ ‘mereka berdua terus berkata begitu’

[١٣٤] ٤١ (٢٥)حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ وَهُوَ ابْنُ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ عِنْدَ الْمَوْتِ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَبَى فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ } الْآيَةَ

Muhammad bin `Abbad dan Ibnu Abi Umar telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Marwan telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid iaitu Ibnu Kaisan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata kepada bapa saudaranya ketika beliau hampir mati: “Ucapkanlah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ aku akan bersaksi untuk engkau dengan kalimah itu di hari kiamat nanti lalu Allah menurunkan { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ }

[١٣٥] ٤٢ (..)حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ الْأَشْجَعِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ يَقُولُونَ إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الْجَزَعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ }

Muhammad bin Hatim bin Maimun telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa`id telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Kaisan telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hazim al-Asyja`iy daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata kepada bapa saudaranya: “Ucapkanlah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ aku akan bersaksi untuk engkau dengan kalimah itu di hari kiamat nanti.” Abu Talib berkata: “Kalaulah tidak kerana aku takut orang-orang Quraisy akan mencela aku, nanti mereka akan kata: Hanya mendorongnya mengucap itu kerana kegelisahannya hendak mati nescaya aku sejukkan mata engkau[5], lalu Allah menurunkan { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ }

Qarabah

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَى أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang Yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. dan orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya Yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang Yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. hukum Yang demikian itu adalah tertulis Dalam Kitab Allah. – [Al-Ahzab:6]

Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa Nabi itu dekat dengan orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu orang mukmin. Nisbah yang ditunjukkan adalah begitu rapat bukannya keturunannya sahaja bahkan orang-orang mukmin saemuanya.

Segolongan orang yang mendakwa mereka adalah keturunan dan keluarga Nabi s.a.w. bahkan segelintir dari mereka menganggap mulia lebih dari orang lain padahal tidaklah yang menjadikan seorang itu mulia dan dekat dengan Nabi s.a.w. melainkan iman dan taqwa seseorang itu.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
 
Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, [Surah Qaf : 16]
 
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, [Surah al-Waqi`ah : 85]
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [Al-Baqarah:186]
 
Ini jelas menunjukkan Allah itu dekat dengan kita dan apa yang perlu kita adalah menadah tangan dan berdoa kepada-Nya. Kita tidak perlu menyampaikan kepadanya melalu orang lain kerana Allah sendiri yang menyuruh kita berdoa kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat dekat dengan kita.
Allah itu dekat maka tidak usah dicari tidak usah melalui perantaraan atau prosedure tertentu, birokrasi itu dan ini. Semuanya tiada bahkan kita dekat dengannya sedekat-dengannya. Sesiapa sahaja tidak terkecuali siapa pun. Apa yang perlu hanyalah menuruti segala perintahnya dan beraqwa yang mana akhirnya kembali kepada kita faedahnya.


[1] Dalam setengah riwayat menyebutkan peristiwa ini berlaku dua atau tiga hari sebelum Abu Talib nazak tetapi sudah kelihatan tanda-tanda beliau sudah hampir mati.
[2] Ya`ni tidak boleh beristighfar bagi pihak orang kafir kerana ia adalah hak orang Islam sahaja walaupun sanak saudara yang dekat setelah jelas kafirnya.
[3] At-Taubah : 113
[4] Al-Qashash :56
[5] Ya`ni aku puaskan hatimu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Masalah???

Sebarang Permasalahan atau soalan yang ingin dijawab oleh nenek atau nak suruh nenek postkan idea cucu-cucu semua. boleh e-mailkan sebarang permasalahan ke





izuan36@yahoo.com