Klik la kalau berani!! dah dapat hadiah. bagitau kawan2 k

Loading...

Thursday, December 22, 2011

Khalid al-walid panglima berani

Assalamualaikum...

Harini saya ingin meluncurkan kisah panglima yang begitu disegani di zamannya....

Siapa yang tidak kenal dengan Khalid Ibni Al-Walid? Beliau seorang yang mempunyai bakat istimewa,  berani dan terpuji. Beliau terkenal sebagai seorang yang bercita-cita tinggi, tegas dan keras. Khalid Al-Walid adalah seorang berketurunan Quraisy dari sebelah ibunya dan mempunyai hubungan dgn keluarga Ummul-Mukminin Maimunah isteri Nabi Muhammmad s.a.w.

Semasa kecilnya Khalid Al-Walid di latih memacu kuda dan beliau juga adalah seorang pemanah yang handal. Biasanya golongan berkuasa dari kaum Quraisy mereka mendidik anak-anak dan pemuda-pemuda mereka supaya mewarisi adat resam jahiliah dan Khalid Al-Walid tidak terkecuali. Beliau juga pernah di beri tugas memukul tambur ( dram ) untuk memberitahu kepada sekelian kaumnya supaya bersiap sedia berkumpul untuk membentuk kumpulan tentera atau apa jua acara.

Oleh kerana Khalid Al-Walid sangat terkenal dalam memimpin tentera pada masa peperangan beliau telah di tugaskan mengetuai pasukan berkuda. Dalam setiap peperangan beliau di beri tugas yg mencabar dimana kehebatannya tidak di ragui oleh kaum Quraisy dan mereka menaruh harapan yang tinggi kepada Khalid Al-Walid.

Sebagai manusia biasa Khalid Al-Walid juga tidak ketinggalan membuat kesilapan. Walaupun Khalid Al-Walid amat di segani kerana keberaniannya di medan perang dia juga tidak terlepas dari rasa tidak puas terhadap dirinya dari pembesar2 Quraisy yang lain.

Ada satu ketika Khalid Al-Walid telah membahagikan harta rampasan perang dengan tidak mendapat kebenaran daripada Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalid juga telah melakukan beberapa perkara yang melampui batas di mana Khalifah Abu Bakar r.a sendiri tidak bersetuju. Salah satu perkara yang menaikkan kemarahan Abu Bakar apabila Khalid Al-Walid membunuh Malik Bin Nuwairah dan berkahwin dengan isteri Malik. Khalifah Abu Bakar r.a tidak senang di atas kelakuannya dan sentiasa menunggu masa dengan menggunakan apa cara sekali pun untuk melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.

Pernah Khalid Al-Walid berkata kenapa Umar Ibn Al-Khattab tidak menyerahkan tugasnya kepada beliau jika Umar Al-Khattab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Kata-kata tersebut merupakan jawapan surat kepada Khalifah Abu Bakar r.a kerana sebelum itu Umar Al-Khattab telah menasihati Khalifah Abu Bakar r.a supaya menulis surat kepada Khalid Al-Walid supaya jangan membahagi-bahagikan harta rampasan kepada sesiapa sebelun mendapat persetujuan daripada Khalifah Abu Bakar r.a. .

Umar Ibn Al-Khattab menyuruh Khalifah Abu Bakar r.a melucutkan jawatan Khalid Al-Walid dengan segera dalam keadaan yg agak tertekan. Khalifah Abu Bakar r.a berkata siapakah yang layak menggantikan tempat Khalid Al-Walid jika dia melucutkan jawatan Khalid? Maka jawab Umar dia yang akan menggantikan Khalid Al-Walid.

Sementara itu beberapa tokoh para sahabat telah bertanya kepada Khalifah Abu Bakar r.a jika benar jawatan Khalid Al-Walid di lucutkan sedangkan Khalid tidak pernah tewas di mana-mana peperangan. Mereka juga mempertikaikan jika Umar Al-Khattab menggantikan tempat Khalid di Yarmuk kerana tugas Umar perlu berada di samping Khalifah Abu Bakar r.a.

Setelah Khalifah Abu Bakar r.a di nasihati oleh para sahabat beliau telah menulis surat kepada Khalid al-Walid supaya meneruskan tugasnya seperti biasa. Umar Al-Khattab amat terkilan kerana Khalifah tidak melantiknya menggantikan Khalid Al-Walid. Begitulah keadaan dan suasana yang bergolak dalam masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq r.a.

Dalam masa pemerintahan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab sekali lagi Khalid Al-Walid telah di beri surat supaya tidak memberi harta rampasan perang , banyak mahupun sedikit baik berupa kambing atau unta kecuali mendapat kebenaran daripada Khalifah Umar Al-Khattab. Oleh kerana Khalid yang tidak mahu menurut perintah, Khalifah Umar Al-Khattab telah melucutkan jawatan Panglima Khalid Al-Walid.

Tidak lama selepas itu Khalifah Umar Al-Khattab merasa kesal di atas pemecatan tersebut dan timbul rasa bimbangnya terhadap keamanan negeri. Mungkin tindakannya akan menimbulkan huru-hara, fitnah dan kestabilan pemerintah mungkin akan terancam.

Khalifah Umar Al-Khattab telah menyedari kesilapannya memecat Khalid Al-Walid.
Beliau juga menyedari siapa dia Pahlawan Khalid Al-Walid sebenarnya. Khalid Al-Walid adalah seorang sahabat yang baik, Pahlawan agung Islam yang sukar di tandingi dan sahabat yang di sayangi oleh Rasulullah s.a.w.

Tetapi niat Khalifah Umar Al-khattab untuk memanggil pulang Khalid al-Walid tidak kesampaian kerana Khalid Al-Walid wafat pada tahun 21 Hijrah setelah selesai menunaikan fardu Haji.

Saya tertarik dengan kisah di bawah ini. Sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub.


Berbalik kepada isu Dr. H... Dia siapa? adakah beliau panglima yang disegani... sedangkan panglima yang disegani pon berjuang kerna ALLAH semata2 dan jika dilucutkan jawatan pon tetap berperang sebagai ahli perang yang biasa.. 

Apa bezanya berperang sebagai ahli biasa dan berperang sebagai Jeneral(Exco)...

Atau kamu ada agenda lain yang sememangya sudah terasa begitu selesa.... jangan pernah mulut terasa begitu senang untuk membela islam... tegakkan islam terlebih dahulu... inshaALLAH islam terbela........



TAKBIR!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Masalah???

Sebarang Permasalahan atau soalan yang ingin dijawab oleh nenek atau nak suruh nenek postkan idea cucu-cucu semua. boleh e-mailkan sebarang permasalahan ke


B_boyzkl@yahoo.co.uk