Klik la kalau berani!! dah dapat hadiah. bagitau kawan2 k

Loading...

Friday, December 2, 2011

Pengertian Hijrah yang sebenar

Satu muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun islam hijrah, 
perpindahan nabi dan umat islam,
dari kota Mekah ke kota Madinah,


Atas keyakinan dan iman yg teguh,
Kaum muhajjirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan islam tercinta.


Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan,

Saban tahun lagu semangat ini akan menyentuh jiwa-jiwa kita dengan rentetan perhimpunan di gedung2 ataupon di kaca tv dengan pelbagai persembahan dan ucapan dan juga pemngalungan hadiah kepada yang layak menerima.....

TETAPI............................................................

Adakah kamu semua memahami dengan sebenar maksud HIJRAH itu sendiri..., mengapa di dalam lagu yang kita nyanyikan setiap kali berlangsung peristiwa ini di dalam kalendar islam kita....

adakah ia menjadi keseronokan kerana akan berlangsungnya cuti umum... atau sebaliknya.....

Mari kita bersama-sama mengungkai penceritaan sebenar di sebalik tajuk HIJRAH ini..... ramai umat manusia sibuk dengan hijrah tetapi tidak mendalami maksud sebenar hijrah ini, ada yang sekcil2 insan dan hingga sebongkok2 insan meraikan hijrah tanpa memahami isu sebenar....

Tahukah kita Hijrah yang sebenar...Hijrah bermaksud perpindahan nabi Muhammad S.A.W. Wahyu yang diturunkan oleh ALLAH mengarahkan junjungan kita berpindah bagi mengembangkan lagi syiar islam tetapi itu adalah yang biasa kita dengar dan selalu hayati.... berapa ramaikah yang memehami proses semasa dan sebelum penghijrahan itu....

Berapa ramai yang emngambil peranan nabi untuk mengatur strategi setelah diwahyukan ALLAH. Sesetengah dariapada orang kita hanya ingin mengambil tahu proses akhirnya atau apa kana jadi itu, apa akan jadi ini.. tetapi dari segi prosesnya adakah strategi telah dirangka..... KENAPA KITA SIBUK NAK BUAT KERJA ALLAH.... KITA SENDIRI TIDAK MENGAMBIL BAHAGIAN YANG TEGAS DI DALAM PROSES MERSNGKA STRATEGI DAN BERAHSIA TENTANGNYA....


pepatah inggeris ada menyebut "DO WHAT U CAN DO, ALLAH WILL DO WHAT U CAN'T DO"...

Tetapi kita sibuk mengambil part ALLAH.. Why???.. Sedangkan Nabi Muhammad ketika hendak berhijrah itu berduaan dengan Saidina Abu Bakar merangka strategi dan ketika sibuk membuat Strategi .. diskusi mereka didatangi anak Saidina Abu Bakar... dan seperti yang kita tahu kerahsiaan Saidina Abu Bakar di dalam mempercayai kerasulan Baginda... kita juga mengerti iman yang dimiliki Saidina Abu Bakar jika dicompare dengan iman seluruh umat islam di dunia... masih besar lagi iman Saidina Abu Bakar. sahabat yang dijanjikan syurga oleh ALLAH S.W.T..... berbalik kepada cerita diskusi yang didatangi anak saidina Abu Bakar.. maka nabi Muhammad menyuruh Abu Bakar menghantar kembali anak Abu Bakar kerana strategi ini adalah rahsia... begitu berhati2 Nabi Muhammad....di dalam membuat proses penghijrahan.... sedangkan seperti yang kita maklum, jika nabi meminta tikar terbang. sudah tentu ALLAH memakbulkan. tetapi Nabi tidak membuat kerja ALLAH ... Nabi membuat proses yang kita semua harus lakukan....

Begitu nak mengajar kita bahawa perjuangan kita adalah berdasarkan PROSES serta strategi yang mendalam bukan hanya duduk tenganga sambil mengharapkan keajaiban.....

Saidina Umar di dalam proses penghijrahan beliau, proses yang beliau buat adalah dengan mendegar surah Toha ayat 1-15 dan kerja ALLAH dengan memberi Hidayah kepada Umar lantas. proses berikutnya mengisytiharkan islam dengan lantang...kerna sifat Umar yang sememangnya GEDEBE manakala nabi mengisytiharkan Hijrah secara senyap/rahsia.. kerana bijaknya nabi .. beliau dicari kerana musyrikin hendak membunuh beliau jadi dengan proses mendiamkan diri dan secara rahsia.. belaiu terselamat.....

Di dalam proses Hijrah itu ramai mengetahui yang siapa penunjuk jalan baginada dan Abu Bakar seorang yahudi... dan juga ketika ditahan di pertengahan jalan baginda dan Abu Bakar ditanya siapa yang berselubung di belakang beliau... Abu Bakar menjawab penunjuk jalan .. sedangkan dia adalah Muhamamd.. maksud Abu Bakar bukanlah beliau ingin berbohong tetapi bermain dgn maksud.. "penunjuk jalan ke syurga" begitu berstrategi dan berahsianya mereka di dalam menjayakan Penghijrahan ini......

Tetapi bagi memungkin HIJRAH ini berjaya... ALLAH telah menghantar biawak padang pasir untuk memadam tapak kaki baginda dan Umar... ALLAH mengahntar burung merpati bagi membuat sarang di gua....

Apakah nabi merangka strategi ini???? apakah nabi berfikir untuk menyuruh biawak padamkan kesan tapak kaki ini... adakah nabi memanggil burung merpati untuk membuat sarang... sudah tentu tidak... sudah tentu dengan kebijaksanaan ALLAH...

Setelah proses ini dilalui barulah jadi seperti yang kita laung2kan setiap kali sambutan Maal Hijrah...ALLAH memberi berita gembira kepada penduduk ansar dengan kejayaan nabi datang ke MADINAH... BARULAH SYIAR ISLAM DAPAT DIJALANKAN DENGAN TEGUH

TALAAL BADRU ALAINA,...........

jadi marilah kita gunakan maksud mendalam tentang hijrah ini bagi memahami konsep jihad dan berjuang yang sebenar.... inshaALLAH...

Semoga kalian lebih memahami konsep hijrah itu secara mendalam... we need PEOPLE, PROCESS, and PLAN.... Ameen....

HIJRAH :- Antara strategi dan mengikut sahaja



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Masalah???

Sebarang Permasalahan atau soalan yang ingin dijawab oleh nenek atau nak suruh nenek postkan idea cucu-cucu semua. boleh e-mailkan sebarang permasalahan ke


B_boyzkl@yahoo.co.uk