Klik la kalau berani!! dah dapat hadiah. bagitau kawan2 k

Loading...

Friday, February 24, 2012

Kenali Singa Padang Pasir Part II (strategi perang)


seorang Ulama ditangkap dan tenang beliau
Kecoh di dalam siri2 pengembaraan Pihak Italy di dalam mencari Umar Mukhtar, bagi mereka Umar Mukhtar adalah pemberontak dan si bedebah... Nama Umar Mukhtar meniti dari mulut ke mulut dan Pihak Italy terpaksa menukar tampuk pimpinan tenteranya silih berganti dan pimpinan yang ada sanggup melakukan apa saja walau mengorbankan tenteranya untuk mendapat pengiktirafan penangkapan Umar Mukhtar dan menjadi kebanggaan kerajaan Rom.

Tahukah anda mengapa Umar Mukhtar mempertaruhkan segala jiwa dan raga di dalam peperangan ini, Ianya adalah disebabkan pihak musuh telah mengambil tanah dan rumah2 serta memusnahkan tanaman mereke di Libya, atas sebab itu sahaja Umar Mukhtar sgt menentang..

Umar Mukhtar ada kala berminggu2 di tengah padang pasir yang tandus tidak ada sedikit air pon, tetapi kecekalan beliau tetapi mendapat kehormatan dan menjadi sanjungan para mujahideen lain dan juga telah menjadi reference buat sejarawan dalam proses pengumaman sejarah peradaban dunia.....

Pernah satu ketika Muammar Ghadaffi dilihat menyangkan gambar ini di dada beliau ketika kunjungan Perdana Menteri italy ke Libya..

Ada satu ketika pihak musuh telah melancarkan gerakan mencari Umar Mukhtar. Mereka sanggup ke kampung2 untuk mencari Umar Mukhtar dan mengorbankan penduduk kampung yang tidak mahu bekerjasama di dalam memberi maklumat tentangPahlawan terbilang itu..Pihak tentera Italy juga membakar tanama dan makanan pihak Penduduk Badwi Libya bagi memudahkan proses kerjasama di antara penduduk kampung dan pihak tentera.. tetapi mereka lupa bahawa tentera islam atau mujahideen mahupon orang islam sendiri sememangnya syahid yang dicari, jadi mereka tidak gentar untuk tetap mengumam mulut dengan perkatan LA ILAHAILLALLAH... keberanian yang sgt dipuji dan menjadi ketakutan buat tentera italy... Tentera musuh hanya berperang kerana arahan ketua dan bukan arahan Tuhan dan mereka berperang teteapi masih ingin hidup malah ingin kembali sihat tetapi tidak bagi pejuang islam... memang Syahid yang dicari....

Ada satu serangan hendap yang dilakukan oleh pihak Umar mukhtar di tengah padang pasir.... satu pihak tentera peninjau telah dihantar bagi melihat kawasan adakah selamat atau tidak... dan Umar mukhtar memasang perangkap dengan meletakkan beberapa tentera di tengah2 padang pasir bersembunyi di dalam pasir di tengah keterikan matahari, manakala kuda2 mereka diletakkan di dalam kawasan bukit batu itu....

Manakala Umar mukhtar dan beberapa tentera lain berjalan sambil memegang kuda bagi meninggalkan jejak untuk pihak tentera mengekori mereka.. sambil bergerak dan berperang itu Umar Mukhtar masih sempat membaca Al-Quran keciknya.... sungguh berserah dan yakin dengan pertolongan ALLAH...

Pihak tentera yang kejam itu gopoh terus mengekori jejak kuda itu tetapi tentera peninjau belum beri arahan maka tentera Italy telah tertipu... dan ketika itu tentera peninjau nampak beberapa ekor kuda di dalam gua batu itu... sedarlah dia yang ini adalah perangkap...... dan tentera peninjau terus membunyikan siren... manakala tentera yang diketuai jeneral zalim itu ingatkan siren itu untuk menyatakan kawasan selamt.... maka di tengah2 padang pasir itu mereka bertempur dan berperang... setelah bunyi tembakan. umar mukhtar berkata" rancangan menjadi" beliau dan beberapa pejuang lain menaiki kuda dan pergi ke arah belakang.. maka tentera italy terkepong dan semua telah mati dibunuh.......kecuali tentera peninjau yang tiba lewat ke tempat kejadian.... Tentera lain ingin menembak seorang tentera yang tinggal itu tetapi Umar Mukhtar berkata "JANGAN", kita takkan tembak musuh yang menyerah diri..... betapa mulainya akhlak Umar Mukhtar....

Terkejut pemuda tentera Italy itu dan Umar Mukhtar memberikan bendera Italy dan Umar Mukhtar berkata kepada pemuda tentera Italy itu"kata dgn ketua kamu, Libya bukan negara kamu"........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Masalah???

Sebarang Permasalahan atau soalan yang ingin dijawab oleh nenek atau nak suruh nenek postkan idea cucu-cucu semua. boleh e-mailkan sebarang permasalahan ke


B_boyzkl@yahoo.co.uk